Tuesday, November 23, 2010

tiada lagi airmata

kabus yg menghiasi keindahan dunia pagi sedikit demi sedikit hilang dari pandangan
apabila tiba giliran sang mentari yg perlahahan menimbul diri.
dia yg sedang duduk sisebalik cermin yg memisahkannya dgn suasana luar termenung jauh 
memikirkan tentang naseb dirinya dirinya.
yg dirasa kadang beruntung kadang menjadi sangat malang.
ditatap skrin yg terpampang didepan matanya itu sambil pantas jemarinya bergerak menghukum tetikus untuk kesana sini.

dibeleknya satu persatu berita yg keluar  dlm facebook-nya itu.
ya,facebook
laman yg menghubungkan dia dgn teman-temannya.

"huh ! bosan la . "
keluhnya kebosanan kerana sudah hari-hari melihat perkara yg sama selama setahun lebih.
namun jarinya masih tidak berhenti menggerakkan tetikus  sambil matanye terus memrhati berita-berita menarik.

setelah beberapa minit,
jarinya berhenti menekan,tangannya berhenti bergerak dan matanya memanah tepat kearah  gambar2 yg dimuatnaikkan  oleh abangnya didalam facebook itu.
terpampang keterangan yg dlm bahasa asing yg bermaksud 
"BERJALAN-JALAN BERSAMA KELUARGA"

dilihatnya gambar2 kecil yg keluar di wall facebooknya sebelum dibuka  gambar sebenar .
"oohh..ni mlm td p i-city.."bisik hatinya..
setelah itu barulah dibuka gambar sebenar yg dimuatnaikkan oleh abang kandungnya itu.
di perhati,dibeleknya gambar2 yg penuh dengan warna warni cahaya lampu di i-city itu.
satu persatu gmbar itu ditatap.
"sonok nmpknye dowg sume ni kt sane mlm td.."
hatinye berkata setalah melihat gambar yg penuh dgn senyuman tersebut.
dia mengambil masa yg lama untuk menatap 21 gambar.
dan gambar2 itu ditenung berulang kali.
tersenyum bibirnya melihat semua ahli keluarganya berseronok
dalam masa yg sama,matanya rasa seperti tidak selesa.
terasa seperti ada sesuatu yg hendak dikeluarkan.
ya,airmatanya bergenang tatkala melihat gambar2 itu.

"ah,mlm td kan aku kje..mmg la xley ikot.."
hatinya berbicara menenangkan diri sendiri.
namu air matanya  masih bergenang dan mengalir sedikit demi sedikit ketika melihat gambar2 tersebut.
susanana bising disekeliling sperti menjadi sunyi seketika.
apa yang ada hanya dia dan fikirannya.
fikirannya yg bercelaru memikirkan dia dan keluarga.


"knp bole jd cmni?"


soalan yg timbul dr lubuk hatinya ditujukan kepada siapa,dia sendiri tidak tahu.


ditinggalkan gambar2 itu setelah selesai membelek.
namun matanya masih lagi bergenangkan air.
dadanya menjadi sebak.
nafasnya dihela sepanjang mungkin untuk melegakan keadaan.
fikirannya bercelaru.


" kenapa aku mesti jd cmni?
ye.owg len nmpk aku bhgie je,cm xde pape msalh lgsong,tambh2 lg ngn fmily,
klo tny pon mst owg ckp oke je.
tp ape snanye yg ade dlm ati aku?
xde sape tau.mmg xde sape tw.tmasok la kluarge aku sndri.
kt uma aku la owg yg paling sikit becakap,aku la owg yg pling kurg begaul.
knpe aku selalu terase disisihkan?
knp ak slalu rse ksorgn,sdgkn fmly sume ade kt knn kiri aku.
aku xdiperlukan ke dlm fmily 2?
knp yg len bole tp aku xbole?
byk sgt ke msalah yg aku timbulkn smpai lgsong xnk diberi peluang?
knpe stiap ari ade je yg wt aku trase?
knp korg sume wat aku cm xdiperlukan dlm kluarge ni?


mak..
ak tw kasih syg mak kat aku mmg xde beze ngn ank2 yg len.
mak xpena pilih kasih kt sesape pon.
mak syg sume ank2 mak.
tp knp mak xcube nk fhm aku?
knp mak xnk cbe tw ape kehendak aku?
aku sdih mak.sedih ble yg len bole tp aku xbole.


ayah..
aku tw ayh mmg btanggungjwb.
ayh xpna abaikan ank2 ayh..
tp kan,npe ayh xnk cube fhm prasaan ank ayh yg sowg ni?
mcm2 yg aku nk xdpt.
ak bkn nk harte aku bkn nk kekayaan.
tp ayh pon tw ape yg stiap ank nk kan?


anep..
ak tw ko ade tggungjwb sbg abang.
ko rse ko ptot jge aku.
tp knp ko sntiase halang aku?
knp ko xpna tw ape yg aku nk?
aku xpna mntak  sstu yg buruk.
aku cme nk ape yg org len bole.
tp knp aku xbole?


unik..
aku ni adek ko kn.
tp knp ko wat ku cm musuh ko?
knp ko xpna nk belembut ngn aku?
knp perlu sntiase kasar ngn aku?
knp nk smpai aku da tawar ati nk bcakap ngn ko?


korg sume..
ape slh aku?
knp korg wat aku cmni?
knp msti stiap ari aku kcik ati ngn korg?
ak nk hidup yg happy..
kite 1 keluarge.
kt luar mmg owg nmpk kerjasama kita kuat.
hbungan kkeluargaan 2 nmpk erat.
tp dlm kluarge kite sndri,kite mcm orang asing.
aku terase sorg je ble kt umah.
wlopon snaye korg ade kt skeliling.


x ke lbih bek aku ddok sorg klo cm 2?
xke lg elok klo aku kua je dr umah 2?


knp msti smpai aku berfikir cm 2?
knp mst smpai aku nk wat sstu yg bodoh?


smpai bile sume ni nk berakhir? "


panjang hatinye berbicara.pelbagai persoalan yg timbul.
mengalir laju airmatanya,sepertinya tidak ade lg yg dapat dikeluarkan.
fikirannya masih lagi memikirkan perkara yg sama..
"owg slalu ckp untung jd ank last..
idop sng la,manje la byk ag yg diaggp sonok ble bgelar ank terakhir.
tp npe aku rse siksa sgt ble jd ank bongsu??
huh !"
nafasnya dihela panjang.
menangkan hati yg sedang sebak.


lalu disapu airmatanya dgn perlahan
kerna risau ternampak oleh teman sekeliling.
perlahan dia bangun dari tempat duduknya lalu beredar keluar untuk mengelak dr dilihat org lain..


wassalam~




Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati

Tuesday, November 16, 2010

hari ini

terpancar silau sinar mentari pagi..membawa bahang yg seperti jarum menyucuk bahu.
dia yg menunggang motorsikal yg baru dibelinya itu menunduk laju akibat kepanasan dijalan raya.
tambahan pula sudah lewat ke tempat kerja kerana menghantar seseorang di stesen bas.
ya,seseorang..seseorang yg belum pernah wujud wataknya sebelum ini.
sambil peka dgn kenderaan-kenderaan dihadapannya,sempat lagi dia berkhayal diatas harta pertamanya itu.
"eyh,hari ni la.."
itu saja yg terucap dalam hatinya sebelum dia berhenti di lampu isyarat yg sedang merah dihadapannya.
apa yg dimaksudkan dgn hari ini itu,jauh disudut hatinya tahu tentang itu,tp tidak sekali diluahkan mahupun dibicara dlm hati.
sambil diraba poketnya sedang lampu isyarat masih lagi merah.
"oh,tetinggal la kat uma..ala xpela..bkn ade pape pon.."
bisik hatinya dgn tenang..lampu yg tadinya merah sudah bertukar hijau.
perjalanannya diteruskan.dia tidak lagi menonong laju kerna cuaca sudah agk redup ketika itu.
diambilnya laluan kiri sambil hatinya bermonolog "ala xpela..lambat skit je pon.."

sepanjang perjalanan fikirannya sentiasa berputar.
dia sentiasa memikirkan tentang 'hari ni'

"ya,hari ini juga tarikh ini.
nampaknya hari ini sudah tidak seperti dlu lagi.
hari ini sepi.
hari ini tiada lagi bunyi-bunyian selular kedengaran.
hari ini taida suara manja kedengaran.
hari tiada lagi engkau.."

panjang bicara hatinya sepanjang perjalanan ke tempat kerja itu.
sedar tak sedar terpampang papan tanda Jln. Sg. Kandis dihadapannya.

"ha...sampai pon.."

sekat hatinya daripada terus berfikir tentang 'hari ini'..
haluannya terus menuju ketempat dia mencari rezeki tanpa pulang kerumah..
sampai sahaja ditempat kerja,dilihatnya jam di punch card..
"ala,baru kol 9.."
dimasukkan kad kehadirannya yg penuh dgn dakwat  berwarna merah kerana seringkali lewat itu kedalam mesin punch card yg sudah kelihatan agk kuno.
mak terpampanglah tulisan yg masih lagi berwarna merah.
kolum-kolum yg disediakan secara automatik diisi dgn lengkapnya..

DATE : NOV 16
TIME IN : 9.04

perjalanannya diteruskan kedalam kilang dgn perlahan dan terus menuju ke bilik..

wassalam~

Friday, November 12, 2010

aku dia atau mereka

AKU.
siapa aku.
aku bukan dia.
aku bukan mereka.
aku bukan sesiapa.
bahkan aku juga bukan aku.
aku bukan dia sebagaimana kau sangka.
aku bukan aku sebagaimana aku sebenar.
aku bukan berbicara tentang aku.
aku hanya bercerita tentang dia.


DIA.
siapa dia.
dia adalah dia.
dia adalah dirinya.
ya,dialah dia yg kau sangka.
dialah dia yg sebenar.
dialah yg dibicarakan.
dialah yg diceritakan.
dialah yg ingin aku ceritakan kepada mereka.


MEREKA.
siapa mereka.
mereka juga adalah mereka.
mereka yg aku igin jadikan teman bercerita. 
mereka yg tidak mengetahui apa-apa tentang aku.
mereka yg yg tidak mengerti apa-apa tentang dia.
mereka yg tidak perlu tahu tentang aku.
hanya mungkin mengerti serba sedikit tentang dia.


"AKU hanya bercerita tentang DIA untuk MEREKA"
fahamilah sedalamnya
janganlah awal menyimpul perkara
kerna aku hanya ingin bercerita
wassalam~

Thursday, November 11, 2010

oh angin

terbaring kaku dia di sudut kamar gelap itu..bertemankan kipas syiling yg sudah agk lambat perjalanannya
akibat dibebani habuk yg tidak prnah dicuci semenjak bilik itu disiapkan.
hanya sedikit chaya yg dpt menembusi  halangan jendela disamping kain langsir yg sememangnya tebal.
sekian hari fikirannya berputar mengenangkan perbuatannya.
"betol ke ape yang aku buat ni??" hatinya berbicara tanpa suara.
"kalau bukan itu  penyelesaiannya,apa lagi? " sambung bicara hatinya tanpa diketahui sesiapa.

ya,sebenarnya persoalan itulah  yg senentiasa berada di sudut pemikirannya.
hidupnya yg dulu senentiasa bercahaya kini gelita. 
dia yg dulunya ditemani ketenangann kini tidak lg.
kebijaksanaan yg dulu membimbingnya kini hilang.


mengapa?
kerna dia yg membuangnya.
kerna dia tidak memilihnya.
kerna memang semua itu bukan untuknya.


"ye ! aku mmg xlayak..ak xptot dpt smue tu.."
bisik hatinya menafikan apa yg telah dia perolehi.
lalu dibuka jendela yg menutupi lorong cahaya itu.
dilihatnya sinaran mentari sore berlumba-lumba.
laju memancar menerangi suasana.
diiringi angin yang membawa debu beterbangan.


"oh angin,
jika kau sampai kepadanya..
nyatakanlah ,terangkanlah,
jelaskanlah semua rasa in kpdnya,
rasa yg tidak pernah dia ketahui,
rasa yg tidak pernah dia mengerti.


oh angin,
jika kau sampai kepadanya..
sampaikanlah pesanku ini.
aku tidak pernah ingin berubah,
aku juga tidak pernah ingin melihat kau berubah,
tp ternyata ianya berlaku.
aku tidak pernah membenci,
aku juga tak sanggup untuk dibenci,
tp akhirnya ianya terjadii.
aku sama sekali tidak pernah lupa mahupun sesaat,
aku juga tidak mahu dilupakan,
tp kini KITA semakin pudar.




oh engkau,
sedarkah kau bahawa aku sentiasa menyayangimu,
tahukah kau bahawa aku sentiasa mengingatimu,
mengertikah kau bahawa aku sangat merinduimu..
sengaja aku berperilaku kejam seperti itu,
sengaja aku bersikap ego tidak menentu,
sengaja aku menyalahkanmu tanpa mengaku salahku,
mengapa?
seperti yg kau katakan,
kita tidak lagi serasi,
kita tidak pantas bersama,
aku tidak mahu kau derita disamping aku yg sukar untuk memahami,
aku  tidak mahu  kau tersiksa bersama aku yg sentiasa menyakiti,
sememangnya aku tidak layak untuk insan sempurna sepertimu,
bahagialah kau bersama yg lain,
tenanglah kau dgn yg sebanding dgn mu,
gembiralah kau disamping seorang yg pantas memahamimu.


oh engkau,
berjuta kemaafan kupinta darimu,
ats segunung kesalahan terhadapmu,
ya,aku sedar kini kau sgt membenciku,
aku tahu aku sememangnya teman siksa bagimu,
aku mengerti aku adalah kenagan pahit untukmu,
namun tidak pernah wujud walau sezarah benci dilubuk hatiku,
kaulah satu-satunya teman terbaik buatku,
kaulah kenangan terindah dalam hidupku..


oh angin,
sampaikanlah,
utusaknlah,
sesungguhnya aku tidak berdaya untuk berkata-kata,
apatah lagi bercerita kepadanya.
aku tidak sanggup memberinya harapan kembali,
aku tidak mahu dia tersiksa lagi,
biarlah aku terus dilupakan,
biarlah bencinya mengatasi perasaan..


ku akhiri pesanan ini dgn doa,
semoga kau sentisa berbahagia,
semoga kau terus berjaya,
semoga kau bertemu dgn teman yg benar-benar setia.."


tersentak lamunnya pabila kedengaran pintu tertutup kuat akibat tolakan angin.

lalu dipalingkan mukanya kembali kedalam kamar dan ditutp semula jendela yg menjadi  laluan cahaya itu.
nafasnya dihela panjang dan terus berjalan  menuju ke muka pintu.
dibuka pintu yg memisahkannya dgn susana riuh diluar  lalu ditinggalkan kamar yang penuh dgn  cerita suka duka itu dgn perlahan..

wassalam~

Wednesday, November 10, 2010

segalanya bermula disini

disini,hari ini,waktu dan saat ini
aku mula menggerakkan jari jemari
untuk berkongsi  segala isi hati

terdetik hati  bila melihat mereka
berbicara apa yg dirasa
sepertinya dirasa ingin berkongsi kesemuanya



tergerak hatiku,bersilih jemariku
menanam azam dikalbu
memulakan sesuatu yg baru

wassalam~