Tuesday, November 16, 2010

hari ini

terpancar silau sinar mentari pagi..membawa bahang yg seperti jarum menyucuk bahu.
dia yg menunggang motorsikal yg baru dibelinya itu menunduk laju akibat kepanasan dijalan raya.
tambahan pula sudah lewat ke tempat kerja kerana menghantar seseorang di stesen bas.
ya,seseorang..seseorang yg belum pernah wujud wataknya sebelum ini.
sambil peka dgn kenderaan-kenderaan dihadapannya,sempat lagi dia berkhayal diatas harta pertamanya itu.
"eyh,hari ni la.."
itu saja yg terucap dalam hatinya sebelum dia berhenti di lampu isyarat yg sedang merah dihadapannya.
apa yg dimaksudkan dgn hari ini itu,jauh disudut hatinya tahu tentang itu,tp tidak sekali diluahkan mahupun dibicara dlm hati.
sambil diraba poketnya sedang lampu isyarat masih lagi merah.
"oh,tetinggal la kat uma..ala xpela..bkn ade pape pon.."
bisik hatinya dgn tenang..lampu yg tadinya merah sudah bertukar hijau.
perjalanannya diteruskan.dia tidak lagi menonong laju kerna cuaca sudah agk redup ketika itu.
diambilnya laluan kiri sambil hatinya bermonolog "ala xpela..lambat skit je pon.."

sepanjang perjalanan fikirannya sentiasa berputar.
dia sentiasa memikirkan tentang 'hari ni'

"ya,hari ini juga tarikh ini.
nampaknya hari ini sudah tidak seperti dlu lagi.
hari ini sepi.
hari ini tiada lagi bunyi-bunyian selular kedengaran.
hari ini taida suara manja kedengaran.
hari tiada lagi engkau.."

panjang bicara hatinya sepanjang perjalanan ke tempat kerja itu.
sedar tak sedar terpampang papan tanda Jln. Sg. Kandis dihadapannya.

"ha...sampai pon.."

sekat hatinya daripada terus berfikir tentang 'hari ini'..
haluannya terus menuju ketempat dia mencari rezeki tanpa pulang kerumah..
sampai sahaja ditempat kerja,dilihatnya jam di punch card..
"ala,baru kol 9.."
dimasukkan kad kehadirannya yg penuh dgn dakwat  berwarna merah kerana seringkali lewat itu kedalam mesin punch card yg sudah kelihatan agk kuno.
mak terpampanglah tulisan yg masih lagi berwarna merah.
kolum-kolum yg disediakan secara automatik diisi dgn lengkapnya..

DATE : NOV 16
TIME IN : 9.04

perjalanannya diteruskan kedalam kilang dgn perlahan dan terus menuju ke bilik..

wassalam~

No comments:

Post a Comment