Thursday, November 11, 2010

oh angin

terbaring kaku dia di sudut kamar gelap itu..bertemankan kipas syiling yg sudah agk lambat perjalanannya
akibat dibebani habuk yg tidak prnah dicuci semenjak bilik itu disiapkan.
hanya sedikit chaya yg dpt menembusi  halangan jendela disamping kain langsir yg sememangnya tebal.
sekian hari fikirannya berputar mengenangkan perbuatannya.
"betol ke ape yang aku buat ni??" hatinya berbicara tanpa suara.
"kalau bukan itu  penyelesaiannya,apa lagi? " sambung bicara hatinya tanpa diketahui sesiapa.

ya,sebenarnya persoalan itulah  yg senentiasa berada di sudut pemikirannya.
hidupnya yg dulu senentiasa bercahaya kini gelita. 
dia yg dulunya ditemani ketenangann kini tidak lg.
kebijaksanaan yg dulu membimbingnya kini hilang.


mengapa?
kerna dia yg membuangnya.
kerna dia tidak memilihnya.
kerna memang semua itu bukan untuknya.


"ye ! aku mmg xlayak..ak xptot dpt smue tu.."
bisik hatinya menafikan apa yg telah dia perolehi.
lalu dibuka jendela yg menutupi lorong cahaya itu.
dilihatnya sinaran mentari sore berlumba-lumba.
laju memancar menerangi suasana.
diiringi angin yang membawa debu beterbangan.


"oh angin,
jika kau sampai kepadanya..
nyatakanlah ,terangkanlah,
jelaskanlah semua rasa in kpdnya,
rasa yg tidak pernah dia ketahui,
rasa yg tidak pernah dia mengerti.


oh angin,
jika kau sampai kepadanya..
sampaikanlah pesanku ini.
aku tidak pernah ingin berubah,
aku juga tidak pernah ingin melihat kau berubah,
tp ternyata ianya berlaku.
aku tidak pernah membenci,
aku juga tak sanggup untuk dibenci,
tp akhirnya ianya terjadii.
aku sama sekali tidak pernah lupa mahupun sesaat,
aku juga tidak mahu dilupakan,
tp kini KITA semakin pudar.




oh engkau,
sedarkah kau bahawa aku sentiasa menyayangimu,
tahukah kau bahawa aku sentiasa mengingatimu,
mengertikah kau bahawa aku sangat merinduimu..
sengaja aku berperilaku kejam seperti itu,
sengaja aku bersikap ego tidak menentu,
sengaja aku menyalahkanmu tanpa mengaku salahku,
mengapa?
seperti yg kau katakan,
kita tidak lagi serasi,
kita tidak pantas bersama,
aku tidak mahu kau derita disamping aku yg sukar untuk memahami,
aku  tidak mahu  kau tersiksa bersama aku yg sentiasa menyakiti,
sememangnya aku tidak layak untuk insan sempurna sepertimu,
bahagialah kau bersama yg lain,
tenanglah kau dgn yg sebanding dgn mu,
gembiralah kau disamping seorang yg pantas memahamimu.


oh engkau,
berjuta kemaafan kupinta darimu,
ats segunung kesalahan terhadapmu,
ya,aku sedar kini kau sgt membenciku,
aku tahu aku sememangnya teman siksa bagimu,
aku mengerti aku adalah kenagan pahit untukmu,
namun tidak pernah wujud walau sezarah benci dilubuk hatiku,
kaulah satu-satunya teman terbaik buatku,
kaulah kenangan terindah dalam hidupku..


oh angin,
sampaikanlah,
utusaknlah,
sesungguhnya aku tidak berdaya untuk berkata-kata,
apatah lagi bercerita kepadanya.
aku tidak sanggup memberinya harapan kembali,
aku tidak mahu dia tersiksa lagi,
biarlah aku terus dilupakan,
biarlah bencinya mengatasi perasaan..


ku akhiri pesanan ini dgn doa,
semoga kau sentisa berbahagia,
semoga kau terus berjaya,
semoga kau bertemu dgn teman yg benar-benar setia.."


tersentak lamunnya pabila kedengaran pintu tertutup kuat akibat tolakan angin.

lalu dipalingkan mukanya kembali kedalam kamar dan ditutp semula jendela yg menjadi  laluan cahaya itu.
nafasnya dihela panjang dan terus berjalan  menuju ke muka pintu.
dibuka pintu yg memisahkannya dgn susana riuh diluar  lalu ditinggalkan kamar yang penuh dgn  cerita suka duka itu dgn perlahan..

wassalam~

No comments:

Post a Comment